KUALA LUMPUR: Filem blockbuster, Polis Evo 3, terus mendapat sambutan hangat, bukan hanya di dalam pawagam malah turut diraikan di luar panggung.

Terbaharu, Siri Jelajah Polis Evo 3 di Johor dihadiri lebih 50,000 penonton dan peminat barisan pelakon yang ‘beraksi’ dalam filem tersebut.

BACA: Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa

Siri jelajah di Johor menyaksikan barisan pelakon menyerbu tiga pawagam iaitu GSC Paradigm Mall, TGV Bukit Indah dan TGV Tebrau.

‘Serbuan’ itu disertai Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Pengarah Polis Evo 3, Syafiq Yusof bersama Penerbit Joel Soh.

Mereka juga sempat meluangkan masa beramah mesra dengan ribuan peminat di sana.

BACA: #PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3

Selepas ini, siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di  GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.

Sejak ditayangkan pada 25 Mei lalu, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu telah merekodkan kutipan lebih RM45 juta.